Monday, May 18, 2009

Cuti-Cuti Malaysia - Pulau Tioman pilihanKU







PULAU TIOMAN


Menurut kisah dongeng yang dipercayai penduduk tempatan, Tioman berasal dari sepasang naga. Pada zaman dahulu kala, sepasang naga suami isteri (naga jantan dan naga betina) meninggalkan Tasik Chini ke laut melalui Sungai Pahang. Dalam perjalanan, naga ini tertinggal kain cindai lalu berpatah balik. Malangnya, waktu itu ayam telah berkokok. Naga ini pantang mendengar ayam berkokok. Oleh sebab melanggar pantang, naga betina bertukar menjadi pulau. Sementara naga jantan bertukar mrenjadi Gunung Daik iaitu sebuah gunung yang terdapat di Pulau Tioman.
Menurut kajian
arkeologi oleh J. Collin pada tahun 1992, telah ditemui kuali dan seramik purba di Kampung Juara dan Teluk Nipah berhampiran dengan Kampung Mukut.
Pada bulan Mei 1690, seorang pengembara bernama Dr. Kaempfer dalam dari perjalanan
Batavia ke Ayuthia (Jakarta ke Thailand) pernah singgah di Pulau Tioman dan membuat catatan tentang keindahan Pulau Tioman.
Terdapat
kubur keramat Datuk Bukit di Bukit Datuk. Kubur keramat ini terletak berdekatan dengan Kampung Juara.

LOKASI

Pulau Tioman merupakan sebuah pulau di sebelah timur Semenanjung Malaysia, di antara sempadan Pahang dan negeri Johor. Pulau Tioman sebenarnya terletak dalam pentadbiran negeri Pahang Darul Makmur. Bentuk pulau Tioman dari udara seperti seketul paha ayam.





>**Terdapat beberapa gugusan pulau di dalam Pulau Tioman.Pulau Tioman merupakan pulau yang terbesar.Antara pulau-pulau yg berdekatan ialah:>


  • Pulau Aur
  • Pulau Pemanggi
  • Pulau Dayang
  • Pulau Pinang
  • Pulau Tunai

>**Ada beberapa kampung yang terdapat di Pulau Tioman. Antaranya ialah

  • Kampung Tekek
  • Juara
  • Kampung Salang
  • Kampung Mukut
  • Air Batang

pemandangan di kawasan pantai Tioman


Penduduk Pulau Tioman

Pada tahun 1987, terdapat 1564 orang penduduk. Bilangan rumah di sini ialah sebanyak 285 buah. Antara 1989 hingga 1990, penduduk Pulau Tioman ialah seramai 1500 orang. Kampung Tekek mempunyai penduduk yang paling ramai dengan bilangan penduduk sekitar 600 orang. Rumah mereka dibina di tepi-tepi pantai kerana hanya bahagian pantai sahaja merupakan kawasan datar. Rumah mereka menghadap laut dan menerima hembusan bayu dari laut.
Penduduk Pulau Tioman sangat ramah tetapi keramahan mereka lebih terasa. Apa yang dikatakan oleh kebanyakkan pelancong yang datang ke sini ialah betul. Pelancong asing dan tempatan turut merasakannya. Mereka menyapa pelancong yang lalu lalang.
Seorang pelancong
Jerman menyatakan bahawa telah banyak pulau-pulau di seluruh dunia telah dikunjunginya, tetapi Pulau Tioman adalah pulau yang tercantik dan menarik.
Penduduk di Pulau Tioman jarang pergi ke tanah daratan. Ini mungkin kerana tambang agak mahal untuk selalu pergi ke Mersing. Seorang perempuan di sini menyatakan, dia hanya 3 bulan sekali pergi ke Mersing. Tambang untuk penduduk tempatan sebenarnya lebih murah.
Bahasa penduduk Tioman ialah bahasa Melayu pulau. Mereka cenderung kepada dialek Kelantan lawan bahasa Darat. Ramai juga yang telah menguasai
bahasa Inggeris kerana bahasa ini amat diperlukan oleh para pelancong asing. Menu di restoran-restoran di sini ialah dalam Bahasa Inggeris. Begitu banyak restoran dan gerai di Pulau Tioman kerana kebanyakannya dibuka pada sebelah petang dan malam.
Akibat daripada ramainya pelancong yang datang, budaya anak-anak tempatan sedikit sebanyak turut berubah. Ada pemuda yang menukar nama menjadi Michael atau Joseph. Ada 2-3 pemuda yang berkahwin dengan wanita Inggeris dan kemudian berhijrah ke Eropah. Ini menunjukkan berlaku
kejutan budaya yang mendadak di Pulau Tioman.
Pelancong yang hendak datang ke sini bolehlah menginap di hotel atau di chalet. Antaranya ialah Tioman Island Resort.

Perancangan Baru

Kerajaan Pusat bercadang hendak menjadikan Pulau Tioman sebagai pulau bebas cukai mulai bulan Ogos 2002 melalui Lembaga Pembangunan Tioman. Seluruh Pulau Tioman adalah tanah rizab Melayu. Seluruh penduduk Tioman adalah orang Melayu. Jika ekonomi Pulau Tioman hendak berkembang lebih pesat, cadangan kerajaan ini patut digalakkan. Barangkali kerajaan akan bertindak bijak bagi memastikan orang Melayu khususnya di Pulau Tioman menikmati faedah setelah pulau ini dijadikan pulau bebas cukai.
  • Menaik taraf jeti di Kampung Tekek dan Kampung Mukut
  • Sistem pelupusan sampah
  • Sistem bekalan air ke Kampung Tekek, Salang dan Gentin

  • Sistem kumbahan di seluruh Tioman




RUJUKAN

Nilai Budaya Masyarakat Desa : Kajian Etnografi Di Kampung Tekek, Tioman. Dewan Bahasa dan Pustaka, Jilid 2, 1998.





SENARAI AHLI KUMPULAN

++++++
+++++++++++++++++++++++++++++++++


DITERAJUI OLEH:
Mohd Hasrul Bin Mokri (mote de lay'er)
Gayvir Bin Mohd Jamil


Mohd Qaharuddin Syah Bin Jammari
Muhammad Azri Bin Mohd Gani


Muhammad Amirul Ezzat Bin Azahari
Mohd Nabeel Bin Jamaludin


Ahmad Rafiq Bin Yahya







































0 comments: